Noron (puak politik Korea)

Noron (Hangul: 노론; Hanja: 老論; RR: noron; Jawi: نورون) ialah puak politik Dinasti Joseon di Korea.[1] Mereka terdiri daripada penyokong Song Siyeol setelah perpecahan orang Barat. Noron mengalami kemunduran selepas kematian Kim Seok-ju pada tahun 1684 dan hukuman mati ke atas Song pada tahun 1689. Pada tahun 1701, Permaisuri Inhyeon, yang menyebelahi Noron, mangkat. Mereka kemudian disebelahi oleh Raja Yeongjo, yang naik takhta pada tahun 1724.

Berkaitan